Kemudian, perjalanan diteruskan ke Taman Tamadun Islam. Memang nak pergi ke sana pun… sebab plan asal hendak melihat sunset dan solat Maghrib sekali. Alhamdulillah… semua planning menjadi.
Masjid Kristal ini sebenarnya sebuah masjid yang agak hi-tech juga. Semua lampu hiasan yang ada menggunakan solar panel dan juga diod (L.E.D).
Macam mana aku tahu tu semua?
Mudah sahaja.
Di tiang lampu itu ada di tulis semuanya sekali. Baca sahajalah…
Menariknya, lampu hiasan itu juga akan bertukar warna secara automatik, begitu juga dengan lampu yang ada di kesemua menara masjidnya.
Bila malam, lagi cantik… lebih cantik dari masjid yang pernah aku sampai setakat ini. Sekarang cuba tengok betul-betul pada gambar terakhir…. menara kiri dan kanan tidak sama warnanya…. kan?
No comments:
Post a Comment