Malam tu, kitaorang singgah di Pantai Rhu 10 kat Setiu. Langkah kanan betul sebab siangnya ada Pesta Pantai, malamnya ada pula persembahan Dikir Barat. Terus terang, ini adalah persembahan dikir barat original yang pernah aku lihat LIVE depan mata. Teruk benor aku ni…
Tapi bila lihat betul-betul kan…. aku cukup bangga sebab masih ada lagi otai, belia dan anak muda Terengganu + Kelantan yang kental dalam memperjuangkan akar budaya warisan bangsa.
Dan aku sebagai blogger merangkap belia, juga akan menyokong… walaupun hanya melalui blog. Hey, blogger pun boleh support tau aktiviti kesenian… jangan main-main.
Bila kita menerbitkan entri yang baik mengenai aktiviti kesenian sebegini, secara tidak langsung kita juga mewarisi akar budaya warisan bangsa yang masih ada. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kan? kan? kan?
Lepas dari melihat persembahan dikir barat tu, kitaorang pun makan di kedai berhampiran pantai. Tak jauh, bersebelahan je dengan kawasan pesta pantai tu.
Kedainya pun klasik, sebab yang ada kat situ semuanya otai-otai. Duduk melepak sambil menonton World Cup. Bukan calang-calang wooo… semua dah otai, tapi still layan giler bola!
Yang paling tidak boleh dilupakan bila masa pekerja tu ambil order. Datang-datang jer terus bagi kita orang warning. Hok dio ghoyak mace gini:
“Order mesti samo… satu jenis sajo!”
Haaaa?
Aku tengok Rahimi, Rahimi tengok aku.. Azli tengok aku, aku tengok Azli…. adik Azli plak hanya melihat saja. Dia blur…
Aku try untuk cool dulu. Lepas tu aku tanya budak tu, “kenapa kena order satu macam makanan?”
Dia jawab, “memang kena order satu sahaja.. kalau tak abe-abe semua lambat makan nanti”
Pulok doh….keadaan dah makin confuse. Badan ni dahlah letih sebab satu hari round tour. Ini bila tiba time nak makan, kena marah pula… sedey…. sedeylah macam ni kan…
Then aku cuba cool lagi dan tanya one more time dengan senyuman yang meleret. At last, baru dia beritahu yang tukang masak lagi sorang tak datang, so tukang masak ada sorang je malam ni.
Ngeeeee.. itulah kisah sebenarnya!
So kita orang pun order yang ringkas-ringkas. Dan sup tulang menjadi santapan…
On the way balik ke resort, kitaorang ikut jalan tepi pantai… manyak syok woo!
Dan di dalam kepala, aku dah terbayangkan air laut yang jernihnya seperti “chrystal clear water”. Iya, esok paginya aku akan ke jeti untuk ke Pulau Perhentian…. paradise, release tension… heaven…. relax…. best! best!
http://www.facebook.com/album.php?aid=24180&id=1834527586#!/profile.php?id=1834527586&v=wall
http://www.rohaizad.com/2010/06/19/pasar-payang-masjid-kristal-rhu-10/
No comments:
Post a Comment