2010/05/10
AHMAD (empat dari kiri) menyampaikan hadiah kepada kumpulan Kelah Hunter sambil disaksikan Mior Kamarul Shahid (enam dari kiri) di Pangkalan Gawi, Tasik kenyir, semalam.
Berjaya naikkan tiga ekor toman seberat 8.09 kilogram, bawa pulang wang tunai RM3,000
KUALA BERANG: Selepas sehari berjemur penuh kesabaran di atas bot, kumpulan Kelah Hunter yang berjaya menaikkan tiga ekor ikan toman dengan berat keseluruhan 8.09 kilogram (kg) pada pertandingan memancing sambil santai ‘Boat On The Road (BOTR)’ di Tasik Kenyir di sini, dinobatkan sebagai juara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.
Kelah Hunter yang dianggotai Mohamed Zaini Jidin, 44, dari Shah Alam, Selangor; Asri Mat Isa, 39 (Bagan Serai, Perak) dan Mohd Salleh Hamid, 37, dari Kuala Berang di sini, turut membawa pulang hadiah iringan peralatan memancing sumbangan Coleman dan sijil penyertaan yang disampaikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.
No comments:
Post a Comment