TERENGGANU 1 DESTINASI DI HATI

TERENGGANU 1 DESTINASI DI HATI

AKTIVITI, PROGRAM&ACARA SEMASA @ AKAN DATANG

AKTIVITI, PROGRAM&ACARA SEMASA @ AKAN DATANG

AKTIVITI

AKTIVITI

ENDURANCE CHALLENGE

ENDURANCE CHALLENGE

MONSOON CUP 2010

MONSOON CUP 2010

MERAKYATKAN PENTADBIRAN & PEMBANGUNAN

MERAKYATKAN PENTADBIRAN & PEMBANGUNAN

RUANGAN UNTUK IKLAN

RUANGAN UNTUK IKLAN

UNTUK TEMPAHAN/MAKLUMAT LANJUT

Sila EMEL kepada kami
Gambar & Dokumen yang berkaitan
ustmfy@yahoo.com

ALBUM TERENGGANU 1 DESTINASI DI HATI

KEMUNCAK

KEMUNCAK

Thursday, January 12, 2012

Monday, November 1, 2010

KEMUNCAK PBPT 2010

Akhirnya Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010 akan melabuhkan tirai dengan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010 yang akan diadakan pada 2 November 2010 jam 4.30 petang di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu yang akan disempurnakan oleh YAB. Datuk Seri Haji Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu.

Syukur kerana blog saya terpilih sebagai Blog Yang Layak untuk pertandingan ini. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu, Penaja dan semua yang terlibat menjayakan pertandingan blog. Semoga pertandingan ini menyemarakkan industri pelancongan di Terengganu dan tersebar ke serata dunia.

Setinggi penghargaan buat isteri yang menyokong penyertaan saya walaupun bersama "leteran" . Terima kasih anak-anak yang sentiasa menjadi "model" pelancongan.
Tidak lupa rakan-rakan Facebook yang banyak membantu.

Tahniah kepada yang berjaya dan semua yang menyertai pertandingan ini. Semoga pertandingan ini dijadikan pertandingan tahunan oleh kerajaan negeri Terengganu.

Friday, October 22, 2010

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2010 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

PROMOSI KRAFTANGAN MALAYSIA 2010
PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
Tempat
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Chendering, Kuala Terengganu


Tarikh/Masa
27-31 Oktober 2010
10.00 pagi - 10.00 malam


Semua Dijemput Hadir

Sunday, October 10, 2010

PROGRAM PINTAR AL QURAN 2010

Kerajaan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Khatam Program Pintar al Quran Kanak-Kanak Tadika Negeri Terengganu pada 9 Oktober 2010 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh YAB. Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu.

Pada majlis ini seramai 6236 kanak-kanak telah khatam al quran pada tahun ini. Mereka terdiri daripada kanak-kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu (1630), Pra Sekolah Jabatan Pelajaran Terengganu (2800), Tadika KEMAS (1666) dan Tadika Perpaduan dan Intergrasi Nasional (150).

Tahniah kepada semua kanak-kanak yang berjaya khatam. Penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu, Jabatan yang terlibat, Guru-Guru dan Ibu Bapa/Penjaga.





Friday, October 8, 2010

KARNIVAL MONSOON CUP 2010




Lokasi : Bandar Permaisuri, Setiu
Tarikh : 8-9 November 2010
Masa : 10.00 pagi - 6.00 ptg

Sunday, September 26, 2010


3,000 meriahkan Festival Tanglung 2010

KUALA TERENGGANU 23 Sept. - Lebih 3,000 pengunjung pelbagai kaum memenuhi dataran berkembar Kampung Cina di sini untuk melihat ratusan 'Kong Ming Deng' (tanglung terbang) berwarna-warni yang dilepaskan ke langit pada Festival Tanglung 2010 semalam.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0924&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_02.htm

Sunday, September 12, 2010

RUMAH TERBUKA IDILFITRI 1431H


Tahun ini sekali lagi saya berkesempatan mengunjungi Rumah Terbuka Idilfitri 1431H yang diadakan oleh YB. Abd. Halim bin Juosh, Adun Permaisuri. Majlis ini telah diadakan pada 3 Syawal 1431H bersamaan 12 September 2010 di Pusat Aktiviti Masyarakat Dun Permaisuri, Kg. Penarik Setiu.

Ribuan Rakyat 1 Malaysia Dun Permaisuri mengunjungi majlis ini yang disajikan dengan berbagai jenis makanan dan minuman seperti Ketupat, Rendang, Tapai, Satay, Roti Canai, Nasi Dagang, Teh Tarik, Ais Krim dll.


Bagi Kanak-Kanak tentu gembira dengan duit raya yang disampaikan oleh anak-anak YB. Abd. Halim... terima kasih kakak

Pengunjung dewasa yang bertuah menerima hamper cabutan bertuah. Warga Emas, OKU dan Fakir Miskin juga menerima sumbangan daripada Yang Berhormat.

Saturday, September 11, 2010

ZIARAH TANAH PERKUBURAN



Lokasi : Tanah Perkuburan Islam Kg. Banggol, Setiu


Sudah menjadi amalan sempena hari raya Idilfitri atau Idiladha, umat Islam akan menziarahi Tanah Perkuburan Islam pada hari raya pertama, kedua atau hari raya enam. Dikesempatan ini digunakan untuk menziarahi kubur ibu, ayah atau keluarga terdekat yang telah kembali kerahmatullah terlebih dahulu. Mereka akan membacakan ayat-ayat Al Quran, bertahlil dan berdoa untuk dihadiah kepada ahli kubur. Mereka juga membersihkan kawasan sekitar kubur ahli keluarga masing-masing.
.

HARI RAYA IDILFITRI

Setelah berpuasa selama sebulan, umat Islam di Malaysia telah menyambut Hari Raya Idilfitri 1431H pada 10 September 2010 yang lalu. Sambutan hari raya dimulakan dengan laungan Takbir Raya. Masjid-masjid seluruh Terengganu telah mengadakan Takbir Raya selepas Solat Isyak selama satu jam. Tahun saya berkesempatan bertakbir raya di Masjid Kampung Banggol, Setiu.
Solat Sunat Idilfitri pula diadakan di setiap Masjid dan surau di seluruh negeri bermula jam 8.30 pagi. Tahun ini saya bersolat sunat Idilfitri di Masjid Permaisuri, Setiu. Sebelum solat dibacakan terlebih dahulu perutusan hari raya sempena Idilfitri 1431h oleh Ke Bawah DYMM Pemangku Sultan Terengganu yang dibacakan oleh Tuan Pegawai Daerah Setiu. Selepas solat, khutbah Idilfitri disampaikan oleh Imam Baharom Bin Yasin.
Selepas khutbah, muslimin dan muslimat yang hadir bersalaman dan bermaafan antara satu sama lain.
Amalan ziarah menziarahi antara satu sama lain mrupakan amalan rutin sempena Idilfitri