
Syukur kerana blog saya terpilih sebagai Blog Yang Layak untuk pertandingan ini. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu, Penaja dan semua yang terlibat menjayakan pertandingan blog. Semoga pertandingan ini menyemarakkan industri pelancongan di Terengganu dan tersebar ke serata dunia.
Setinggi penghargaan buat isteri yang menyokong penyertaan saya walaupun bersama "leteran" . Terima kasih anak-anak yang sentiasa menjadi "model" pelancongan.
Tidak lupa rakan-rakan Facebook yang banyak membantu.
Tahniah kepada yang berjaya dan semua yang menyertai pertandingan ini. Semoga pertandingan ini dijadikan pertandingan tahunan oleh kerajaan negeri Terengganu.
No comments:
Post a Comment