TERENGGANU 1 DESTINASI DI HATI

TERENGGANU 1 DESTINASI DI HATI

AKTIVITI, PROGRAM&ACARA SEMASA @ AKAN DATANG

AKTIVITI, PROGRAM&ACARA SEMASA @ AKAN DATANG

AKTIVITI

AKTIVITI

ENDURANCE CHALLENGE

ENDURANCE CHALLENGE

MONSOON CUP 2010

MONSOON CUP 2010

MERAKYATKAN PENTADBIRAN & PEMBANGUNAN

MERAKYATKAN PENTADBIRAN & PEMBANGUNAN

RUANGAN UNTUK IKLAN

RUANGAN UNTUK IKLAN

UNTUK TEMPAHAN/MAKLUMAT LANJUT

Sila EMEL kepada kami
Gambar & Dokumen yang berkaitan
ustmfy@yahoo.com

ALBUM TERENGGANU 1 DESTINASI DI HATI

KEMUNCAK

KEMUNCAK

Monday, November 1, 2010

KEMUNCAK PBPT 2010

Akhirnya Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010 akan melabuhkan tirai dengan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010 yang akan diadakan pada 2 November 2010 jam 4.30 petang di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu yang akan disempurnakan oleh YAB. Datuk Seri Haji Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu.

Syukur kerana blog saya terpilih sebagai Blog Yang Layak untuk pertandingan ini. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu, Penaja dan semua yang terlibat menjayakan pertandingan blog. Semoga pertandingan ini menyemarakkan industri pelancongan di Terengganu dan tersebar ke serata dunia.

Setinggi penghargaan buat isteri yang menyokong penyertaan saya walaupun bersama "leteran" . Terima kasih anak-anak yang sentiasa menjadi "model" pelancongan.
Tidak lupa rakan-rakan Facebook yang banyak membantu.

Tahniah kepada yang berjaya dan semua yang menyertai pertandingan ini. Semoga pertandingan ini dijadikan pertandingan tahunan oleh kerajaan negeri Terengganu.

Friday, October 22, 2010

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2010 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

PROMOSI KRAFTANGAN MALAYSIA 2010
PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
Tempat
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Chendering, Kuala Terengganu


Tarikh/Masa
27-31 Oktober 2010
10.00 pagi - 10.00 malam


Semua Dijemput Hadir

Sunday, October 10, 2010

PROGRAM PINTAR AL QURAN 2010

Kerajaan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Khatam Program Pintar al Quran Kanak-Kanak Tadika Negeri Terengganu pada 9 Oktober 2010 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh YAB. Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu.

Pada majlis ini seramai 6236 kanak-kanak telah khatam al quran pada tahun ini. Mereka terdiri daripada kanak-kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu (1630), Pra Sekolah Jabatan Pelajaran Terengganu (2800), Tadika KEMAS (1666) dan Tadika Perpaduan dan Intergrasi Nasional (150).

Tahniah kepada semua kanak-kanak yang berjaya khatam. Penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu, Jabatan yang terlibat, Guru-Guru dan Ibu Bapa/Penjaga.





Friday, October 8, 2010

KARNIVAL MONSOON CUP 2010




Lokasi : Bandar Permaisuri, Setiu
Tarikh : 8-9 November 2010
Masa : 10.00 pagi - 6.00 ptg

Sunday, September 26, 2010


3,000 meriahkan Festival Tanglung 2010

KUALA TERENGGANU 23 Sept. - Lebih 3,000 pengunjung pelbagai kaum memenuhi dataran berkembar Kampung Cina di sini untuk melihat ratusan 'Kong Ming Deng' (tanglung terbang) berwarna-warni yang dilepaskan ke langit pada Festival Tanglung 2010 semalam.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0924&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_02.htm

Sunday, September 12, 2010

RUMAH TERBUKA IDILFITRI 1431H


Tahun ini sekali lagi saya berkesempatan mengunjungi Rumah Terbuka Idilfitri 1431H yang diadakan oleh YB. Abd. Halim bin Juosh, Adun Permaisuri. Majlis ini telah diadakan pada 3 Syawal 1431H bersamaan 12 September 2010 di Pusat Aktiviti Masyarakat Dun Permaisuri, Kg. Penarik Setiu.

Ribuan Rakyat 1 Malaysia Dun Permaisuri mengunjungi majlis ini yang disajikan dengan berbagai jenis makanan dan minuman seperti Ketupat, Rendang, Tapai, Satay, Roti Canai, Nasi Dagang, Teh Tarik, Ais Krim dll.


Bagi Kanak-Kanak tentu gembira dengan duit raya yang disampaikan oleh anak-anak YB. Abd. Halim... terima kasih kakak

Pengunjung dewasa yang bertuah menerima hamper cabutan bertuah. Warga Emas, OKU dan Fakir Miskin juga menerima sumbangan daripada Yang Berhormat.

Saturday, September 11, 2010

ZIARAH TANAH PERKUBURAN



Lokasi : Tanah Perkuburan Islam Kg. Banggol, Setiu


Sudah menjadi amalan sempena hari raya Idilfitri atau Idiladha, umat Islam akan menziarahi Tanah Perkuburan Islam pada hari raya pertama, kedua atau hari raya enam. Dikesempatan ini digunakan untuk menziarahi kubur ibu, ayah atau keluarga terdekat yang telah kembali kerahmatullah terlebih dahulu. Mereka akan membacakan ayat-ayat Al Quran, bertahlil dan berdoa untuk dihadiah kepada ahli kubur. Mereka juga membersihkan kawasan sekitar kubur ahli keluarga masing-masing.
.

HARI RAYA IDILFITRI

Setelah berpuasa selama sebulan, umat Islam di Malaysia telah menyambut Hari Raya Idilfitri 1431H pada 10 September 2010 yang lalu. Sambutan hari raya dimulakan dengan laungan Takbir Raya. Masjid-masjid seluruh Terengganu telah mengadakan Takbir Raya selepas Solat Isyak selama satu jam. Tahun saya berkesempatan bertakbir raya di Masjid Kampung Banggol, Setiu.
Solat Sunat Idilfitri pula diadakan di setiap Masjid dan surau di seluruh negeri bermula jam 8.30 pagi. Tahun ini saya bersolat sunat Idilfitri di Masjid Permaisuri, Setiu. Sebelum solat dibacakan terlebih dahulu perutusan hari raya sempena Idilfitri 1431h oleh Ke Bawah DYMM Pemangku Sultan Terengganu yang dibacakan oleh Tuan Pegawai Daerah Setiu. Selepas solat, khutbah Idilfitri disampaikan oleh Imam Baharom Bin Yasin.
Selepas khutbah, muslimin dan muslimat yang hadir bersalaman dan bermaafan antara satu sama lain.
Amalan ziarah menziarahi antara satu sama lain mrupakan amalan rutin sempena Idilfitri

Friday, September 3, 2010

SALAM AIDILFITRI 1431H


JEMPUTAN
JAMUAN HARI RAYA
ADUN PERMAISURI
TARIKH
3 SYAWAL 1431H
MASA
10.00am - 6.00pm
TEMPAT
SIMPANG 3 PENARIK, SETIU

SEMUA DIJEMPUT HADIR

http://www.facebook.com/home.php?#!/profile.php?id=1577407393&ref=search


Monday, August 30, 2010

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-53



Latar belakang
Lapangan Terbang Antara Bangsa Sultan Mahmud
&
Pembangunan Negeri Terengganu

LAILATUL QADR

Latar belakang
Laguna Agro Resort, Setiu

Sunday, August 29, 2010

Tuesday, August 24, 2010

SALAM AIDILFITRI 1431H



Latar Belakang
MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH (Masjid Terapung)
Kuala Terengganu

Tuesday, August 17, 2010

SALAM KEMERDEKAAN KE 53


Salam sejahtera buat semua pengunjung setia laman ini semoga anda sekeluarga sihat wafiat hendaknya. Alhamdulillah segala puji-pujian hanya layak bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA kita dapat mengecapi satu kehidupan yang harmoni, aman makmur dan sejahtera hari ini walaupun negara kita mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti melayu, cina, india dan lain-lain serta mempunyai pelbagai budaya dan agama.
Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi dan nikmati pada hari ini adalah hasil usaha gigih pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Oleh itu, kita sebagai generasi baru hendaklah sedaya upaya mempertahankan kemerdekaan negara ini.
Tanpa kita sedari, kini kita sudah pun hampir ke bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair yang tercinta. Seperti biasa apabila tibanya bulan ogos, satu tema dicipta setiap tahun bagi Sambutan Hari Kemerdekaan sesuai dengan matlamat dan halatuju negara.
Sehubungan dengan itu, tema hari Kemerdekaan ke-53 pada tahun ini ialah “1Malaysia Menjana Transformasi”. Menurut Pak Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata intipati yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk program dan aktiviti sepanjang tempoh sambutan mulai 1 Ogos hingga 16 Sept ini.
Sambutan bulan kemerdekaan akan dimulakan dengan pelancarannya di Stadium Utama, Kanggar Perlis dan berakhir dengan Sambutan Hari Kemerdekaan bermula pada 1 ogos dan berakhir dengan acara Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di kota Kinabalu pada 16 september setiap tahun.
Pelbagai program dan isian sepanjang tempoh sambutan tersebut akan menumpukan kepada kesejahteraan rakyat di bawah Gagasan 1Malaysia dan tidak melibatkan terlalu banyak ucapan oleh pemimpin.
Justeru itu, kempen mengibar jalur gemilang telah di adakan sepanjang bulan kemerdekaan ini yang melibatkan pemilik kedai, pemilik bangunan dan juga sekolah.
Di harap dengan pelaksaan program dan kempen sepanjang bulan kemerdekaan nanti dapat meningkatkan kesedaran dan semangat patriotik terutama bagi golongan remaja dan belia di dalam memahami erti kemerdekaan yang sebenarnya kerana mereka adalah pewaris negara ini.

Penulis
© Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak
13 Julai 2010 / 01 Sya’ban 1431
http://ibnismail.wordpress.com/2010/07/13/tema-sambutan-hari-kemerdekaan-ke-53-2010/

Wednesday, August 11, 2010

SALAM AL MUBARAK



SELAMAT MENJALANI
IBADAT PUASA RAMADAN AL MUBARAK
KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.
SEMOGA KESEMPATAN YANG
DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH INI
DIGUNAKAN SEBAIKNYA
UNTUK MENGGANDAKAN
AMAL IBADAT

Sunday, August 8, 2010

GUNUNG BEREMBUN, DUNGUN





Untuk Maklumat/Perkhidmatan
Hubungi
TEBU MOUNTAIN nature guide
Abdullah Bin Zakaria
017 6544474
Kampung Gong Kubur Jabi, 22020 Jerteh, Besut, Terengganu

~Nature Guide
~High Rope / Abseiling / Flying Fox
~Camping Equipment Rental
~Reservation for Chalet Lata Belatan, Lata Tembakah & Perhentian Island

GUNUNG TEBU



Untuk Maklumat/Perkhidmatan
Hubungi
TEBU MOUNTAIN nature guide
Abdullah Bin Zakaria
017 6544474
Kampung Gong Kubur Jabi, 22020 Jerteh, Besut, Terengganu

~Nature Guide
~High Rope / Abseiling / Flying Fox
~Camping Equipment Rental
~Reservation for Chalet Lata Belatan, Lata Tembakah & Perhentian Island

Tuesday, July 20, 2010

MUSIM DURIAN

Musim durian di Terengganu tiba lagi. Di beberapa tempat seperti Besut dan Setiu, durian mulai banyak di pasaran terutama di pasar minggu dan pasar tani. Ia juga di jual di gerai-gerai sepanjang jalan-jalan utama.

Harga durian di Pasar Tani Bandar Permaisuri, Setiu pada 20 Julai 2010 ialah RM2.00 sekilogram. Jualan secara longgok juga dibuat mengikut kehendak pelanggan. Biasanya RM10.00 atau RM20.00 satu longgok.




Monday, July 19, 2010

HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN TERENGGANU

Sembah Ucapan
Selamat Hari Keputeraan DYMM Sultan Terengganu Ke 48
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Friday, July 9, 2010

MUSIM DURIAN

Musim durian dah bermula kat Terengganu. Buah durian sudah luruh di beberapa tempat. Seperti biasa, sekarang harganya begitu mahal. Kenar sabar le dulu... tunggu sehingga penghujung Julai dan awal Ogos nanti... tentu durian akan banyak dan murah.






Lokasi : Kampung Hulu Kekabu, Setiu, Terengganu