Tahun ini sekali lagi saya berkesempatan mengunjungi Rumah Terbuka Idilfitri 1431H yang diadakan oleh YB. Abd. Halim bin Juosh, Adun Permaisuri. Majlis ini telah diadakan pada 3 Syawal 1431H bersamaan 12 September 2010 di Pusat Aktiviti Masyarakat Dun Permaisuri, Kg. Penarik Setiu.
Ribuan Rakyat 1 Malaysia Dun Permaisuri mengunjungi majlis ini yang disajikan dengan berbagai jenis makanan dan minuman seperti Ketupat, Rendang, Tapai, Satay, Roti Canai, Nasi Dagang, Teh Tarik, Ais Krim dll.
Bagi Kanak-Kanak tentu gembira dengan duit raya yang disampaikan oleh anak-anak YB. Abd. Halim... terima kasih kakak
Pengunjung dewasa yang bertuah menerima hamper cabutan bertuah. Warga Emas, OKU dan Fakir Miskin juga menerima sumbangan daripada Yang Berhormat.
No comments:
Post a Comment