TERENGGANU 1 DESTINASI DI HATI

TERENGGANU 1 DESTINASI DI HATI

AKTIVITI, PROGRAM&ACARA SEMASA @ AKAN DATANG

AKTIVITI, PROGRAM&ACARA SEMASA @ AKAN DATANG

AKTIVITI

AKTIVITI

ENDURANCE CHALLENGE

ENDURANCE CHALLENGE

MONSOON CUP 2010

MONSOON CUP 2010

MERAKYATKAN PENTADBIRAN & PEMBANGUNAN

MERAKYATKAN PENTADBIRAN & PEMBANGUNAN

RUANGAN UNTUK IKLAN

RUANGAN UNTUK IKLAN

UNTUK TEMPAHAN/MAKLUMAT LANJUT

Sila EMEL kepada kami
Gambar & Dokumen yang berkaitan
ustmfy@yahoo.com

ALBUM TERENGGANU 1 DESTINASI DI HATI

KEMUNCAK

KEMUNCAK

Sunday, September 26, 2010


3,000 meriahkan Festival Tanglung 2010

KUALA TERENGGANU 23 Sept. - Lebih 3,000 pengunjung pelbagai kaum memenuhi dataran berkembar Kampung Cina di sini untuk melihat ratusan 'Kong Ming Deng' (tanglung terbang) berwarna-warni yang dilepaskan ke langit pada Festival Tanglung 2010 semalam.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0924&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_02.htm

Sunday, September 12, 2010

RUMAH TERBUKA IDILFITRI 1431H


Tahun ini sekali lagi saya berkesempatan mengunjungi Rumah Terbuka Idilfitri 1431H yang diadakan oleh YB. Abd. Halim bin Juosh, Adun Permaisuri. Majlis ini telah diadakan pada 3 Syawal 1431H bersamaan 12 September 2010 di Pusat Aktiviti Masyarakat Dun Permaisuri, Kg. Penarik Setiu.

Ribuan Rakyat 1 Malaysia Dun Permaisuri mengunjungi majlis ini yang disajikan dengan berbagai jenis makanan dan minuman seperti Ketupat, Rendang, Tapai, Satay, Roti Canai, Nasi Dagang, Teh Tarik, Ais Krim dll.


Bagi Kanak-Kanak tentu gembira dengan duit raya yang disampaikan oleh anak-anak YB. Abd. Halim... terima kasih kakak

Pengunjung dewasa yang bertuah menerima hamper cabutan bertuah. Warga Emas, OKU dan Fakir Miskin juga menerima sumbangan daripada Yang Berhormat.

Saturday, September 11, 2010

ZIARAH TANAH PERKUBURAN



Lokasi : Tanah Perkuburan Islam Kg. Banggol, Setiu


Sudah menjadi amalan sempena hari raya Idilfitri atau Idiladha, umat Islam akan menziarahi Tanah Perkuburan Islam pada hari raya pertama, kedua atau hari raya enam. Dikesempatan ini digunakan untuk menziarahi kubur ibu, ayah atau keluarga terdekat yang telah kembali kerahmatullah terlebih dahulu. Mereka akan membacakan ayat-ayat Al Quran, bertahlil dan berdoa untuk dihadiah kepada ahli kubur. Mereka juga membersihkan kawasan sekitar kubur ahli keluarga masing-masing.
.

HARI RAYA IDILFITRI

Setelah berpuasa selama sebulan, umat Islam di Malaysia telah menyambut Hari Raya Idilfitri 1431H pada 10 September 2010 yang lalu. Sambutan hari raya dimulakan dengan laungan Takbir Raya. Masjid-masjid seluruh Terengganu telah mengadakan Takbir Raya selepas Solat Isyak selama satu jam. Tahun saya berkesempatan bertakbir raya di Masjid Kampung Banggol, Setiu.
Solat Sunat Idilfitri pula diadakan di setiap Masjid dan surau di seluruh negeri bermula jam 8.30 pagi. Tahun ini saya bersolat sunat Idilfitri di Masjid Permaisuri, Setiu. Sebelum solat dibacakan terlebih dahulu perutusan hari raya sempena Idilfitri 1431h oleh Ke Bawah DYMM Pemangku Sultan Terengganu yang dibacakan oleh Tuan Pegawai Daerah Setiu. Selepas solat, khutbah Idilfitri disampaikan oleh Imam Baharom Bin Yasin.
Selepas khutbah, muslimin dan muslimat yang hadir bersalaman dan bermaafan antara satu sama lain.
Amalan ziarah menziarahi antara satu sama lain mrupakan amalan rutin sempena Idilfitri

Friday, September 3, 2010

SALAM AIDILFITRI 1431H


JEMPUTAN
JAMUAN HARI RAYA
ADUN PERMAISURI
TARIKH
3 SYAWAL 1431H
MASA
10.00am - 6.00pm
TEMPAT
SIMPANG 3 PENARIK, SETIU

SEMUA DIJEMPUT HADIR

http://www.facebook.com/home.php?#!/profile.php?id=1577407393&ref=search