TERENGGANU 1 DESTINASI DI HATI

TERENGGANU 1 DESTINASI DI HATI

AKTIVITI, PROGRAM&ACARA SEMASA @ AKAN DATANG

AKTIVITI, PROGRAM&ACARA SEMASA @ AKAN DATANG

AKTIVITI

AKTIVITI

ENDURANCE CHALLENGE

ENDURANCE CHALLENGE

MONSOON CUP 2010

MONSOON CUP 2010

MERAKYATKAN PENTADBIRAN & PEMBANGUNAN

MERAKYATKAN PENTADBIRAN & PEMBANGUNAN

RUANGAN UNTUK IKLAN

RUANGAN UNTUK IKLAN

UNTUK TEMPAHAN/MAKLUMAT LANJUT

Sila EMEL kepada kami
Gambar & Dokumen yang berkaitan
ustmfy@yahoo.com

ALBUM TERENGGANU 1 DESTINASI DI HATI

KEMUNCAK

KEMUNCAK

Wednesday, June 30, 2010

Sunday, June 27, 2010

PUSAT PENERANGAN PELANCONGAN NEGERI TERENGGAANU

http://trulyterengganu.blogspot.com/2010/06/info-pusat-penerangan-pelancongan.html

Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Terengganu terletak di kaki Bukit Puteri, Kuala Terengganu. Ia menjadi pusat penerangan dan informasi berkaitan perlancongan di Negeri Terengganu. Pusat ini juga terdapat di setiap daerah di Terengganu.

Wednesday, June 23, 2010

AKTIVITI SENI BUDAYA Di RHU 10

Malam tu, kitaorang singgah di Pantai Rhu 10 kat Setiu. Langkah kanan betul sebab siangnya ada Pesta Pantai, malamnya ada pula persembahan Dikir Barat. Terus terang, ini adalah persembahan dikir barat original yang pernah aku lihat LIVE depan mata. Teruk benor aku ni…


dikir barat 1

dikir barat 6


Tapi bila lihat betul-betul kan…. aku cukup bangga sebab masih ada lagi otai, belia dan anak muda Terengganu + Kelantan yang kental dalam memperjuangkan akar budaya warisan bangsa.



dikir barat 3

dikir barat 4


Dan aku sebagai blogger merangkap belia, juga akan menyokong… walaupun hanya melalui blog. Hey, blogger pun boleh support tau aktiviti kesenian… jangan main-main.



dikir barat 7


dikir barat 5


Bila kita menerbitkan entri yang baik mengenai aktiviti kesenian sebegini, secara tidak langsung kita juga mewarisi akar budaya warisan bangsa yang masih ada. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kan? kan? kan?



dikir barat 8


Lepas dari melihat persembahan dikir barat tu, kitaorang pun makan di kedai berhampiran pantai. Tak jauh, bersebelahan je dengan kawasan pesta pantai tu.


rhu 10 1


Kedainya pun klasik, sebab yang ada kat situ semuanya otai-otai. Duduk melepak sambil menonton World Cup. Bukan calang-calang wooo… semua dah otai, tapi still layan giler bola!


rhu 10 2


Yang paling tidak boleh dilupakan bila masa pekerja tu ambil order. Datang-datang jer terus bagi kita orang warning. Hok dio ghoyak mace gini:


“Order mesti samo… satu jenis sajo!”


rhu 10 3


Haaaa?

Aku tengok Rahimi, Rahimi tengok aku.. Azli tengok aku, aku tengok Azli…. adik Azli plak hanya melihat saja. Dia blur…


Aku try untuk cool dulu. Lepas tu aku tanya budak tu, “kenapa kena order satu macam makanan?”

Dia jawab, “memang kena order satu sahaja.. kalau tak abe-abe semua lambat makan nanti”


Pulok doh….keadaan dah makin confuse. Badan ni dahlah letih sebab satu hari round tour. Ini bila tiba time nak makan, kena marah pula… sedey…. sedeylah macam ni kan…


Then aku cuba cool lagi dan tanya one more time dengan senyuman yang meleret. At last, baru dia beritahu yang tukang masak lagi sorang tak datang, so tukang masak ada sorang je malam ni.
Ngeeeee.. itulah kisah sebenarnya!

So kita orang pun order yang ringkas-ringkas. Dan sup tulang menjadi santapan…


rhu 10 5

rhu 10 4

rhu 10 6


rhu 10 7


On the way balik ke resort, kitaorang ikut jalan tepi pantai… manyak syok woo!

Dan di dalam kepala, aku dah terbayangkan air laut yang jernihnya seperti “chrystal clear water”. Iya, esok paginya aku akan ke jeti untuk ke Pulau Perhentian…. paradise, release tension… heaven…. relax…. best! best!

http://www.facebook.com/album.php?aid=24180&id=1834527586#!/profile.php?id=1834527586&v=wall
http://www.rohaizad.com/2010/06/19/pasar-payang-masjid-kristal-rhu-10/

MASJID KRISTAL

http://www.rohaizad.com/2010/06/19/pasar-payang-masjid-kristal-rhu-10/

masjid kristal 13



Kemudian, perjalanan diteruskan ke Taman Tamadun Islam. Memang nak pergi ke sana pun… sebab plan asal hendak melihat sunset dan solat Maghrib sekali. Alhamdulillah… semua planning menjadi.

masjid kristal 3

Indah… cukup indah environment di sini… sentimental pun ada juga. Mana tidaknya, petang tu je ada 9 pasangan pengantin buat fotoshoot di sana (tapi rugilah kalau orang Terengganu kahwin tak ambil gambar di sini…serious!)

masjid kristal 4

masjid kristal 9

masjid kristal 5

masjid kristal 12

masjid kristal 10

masjid kristal 6

masjid kristal 11



Masjid Kristal ini sebenarnya sebuah masjid yang agak hi-tech juga. Semua lampu hiasan yang ada menggunakan solar panel dan juga diod (L.E.D).

Macam mana aku tahu tu semua?

Mudah sahaja.

Di tiang lampu itu ada di tulis semuanya sekali. Baca sahajalah…

Menariknya, lampu hiasan itu juga akan bertukar warna secara automatik, begitu juga dengan lampu yang ada di kesemua menara masjidnya.

Bila malam, lagi cantik… lebih cantik dari masjid yang pernah aku sampai setakat ini. Sekarang cuba tengok betul-betul pada gambar terakhir…. menara kiri dan kanan tidak sama warnanya…. kan?

PASAR BESAR PAYANG DAN SEKITARNYA

Sewaktu di rumah Wan Mus, si Rahimi dan Azli banyak kali sebut pasal Pasar Payang. Serious, aku memang tak pernah pergi dan tak pernah membayangkan macam mana rupa Pasar Payang tu.

Kiranya dari malam sebelumnya dan hari itu je, lebih dari 20 kali dia orang sebut mengenai Pasar Payang ni. Aku tension gak sebab tak tahu apa yang diaorang bualkan.
So bila ditanya pada Rahimi bagaimana rupa Pasar Payang tu, dia jawab semua jualan yang ada kat sana lebih kurang macam uptown atau seperti di Jalan (TAR) Tunku Abdul Rahman.

pasar payang 9

“Kau jangan tak tau, Pasar Payang tu dunia kain dan syurga untuk orang yang suka shopping. Nampak je kedai dalam tu macam lama… buruk, sempit dan sesak… tapi jangan pandang sebelah mata. Setakat kau nak shopping pakai kredit kad, mesin merchant (swipe) pun dia orang ada!”, kata Rahimi dan Azli.

“Perghh… ini dah cukup gempak. Mesti best giler nih… tapi bilalah dia orang nak bawak aku ke sana nih, ” kata aku dalam hati.

Kemudian aku pun bersuara:

“Kalau macam tu… jomlah pergi. Boleh aku nengok environment uptown Kuala Terengganu”


So lepas dari majlis kahwin Wan Mus, kita orang terus ke sana. Lebih kurang 1 jam setengah kemudian, nampaklah bandar Kuala Terengganu.
Wow…!!!

Bandar Kuala Terengganu dah ada “China Town” sendiri. Ada pintu gerbang, ada kedai-kedai lama berekabentuk chinese look. Bukan itu je, bentuk jalannya pun sama seperti di Jonker Walk.
Dalam hati aku,

“Mak aiii… dah macam rasa kat Tengkera-Melaka plak”. Lepas tu, terjumpa plak satu jalan yang rupanya seakan-akan di Penang. Fuhh… macam-macam.


pasar payang 6

Lepas merayau cari parking, akhirnya sampai di kawasan rekreasi (sebelum Pasar Payang). Giler laahh…! Memang happening betul sebab kawasan berdekatan tu dah di tambak. Ramai plak orang. Kawasan rekreasi sebelum Pasar Payang tu memang chill habis.


pasar payang 8

Kampung di tengah pulau bawah jambatan tu rasa dekat je. Cuma ada satu perkara yang amat ketara berbanding keadaan di situ dengan di JB.


pasar payang 7

Pelik atau tidak, benar atau tidak, percaya atau tidak… memang susah nak jumpa anak dara atau orang perempuan lepak-lepak dengan budak-budak lelaki kat taman tu. Rasa kekok pun ada sebab di JB environmentnya lain…. memang lain.

Rata-rata wanita/perempuan yang keluar berjalan di situ SEMUANYA berteman dengan muhrim masing-masing (bukan seorang, tapi semua pengunjung wanita!)

Maknanya, kalau perempuan akan berjalan dengan geng perempuannya. Nak jumpa perempuan yang tidak pakai tudung… tidak sama sekali. Nahi… nahi… nahi zindagi.


pasar payang 13

Kalau adalah pemandangan seperti itu di JB (semuanya bertudung dan menutup aurat), silap haribulan mereka akan diperli dengan budak-budak lelaki. Ini memang berlaku dan jangan terkejut bila ianya dijadikan sebagai bahan gurauan seperti ini:


1. “Hai Cik Kak, baru balik dari kelas ke? Beruniform semuanya ya…”

2. “Kak Long, pergi kenduri kat mana tadi? Cantik baju kurung dan tudungnya tu…”

3. “Inilah dia warisan wanita Melayu terakhir…”


Hakikatnya, di Terengganu lain.

Di sana semuanya sinonim dan tiada apa yang ‘tidak kena’ atau ‘lain’.


Di JB pula “lain” gayanya. Lain yang dimaksudkan di JB ialah memang diaorang pakai tudung. Cuma masalahnya sekarang ini bukan pada tudung yang dipakai tapi pakaian yang lain.

Pakai tudung tapi pakai baju sendat, nampak tali coli… lurah yang dalam… dan juga seluar ketat yang kalau dia bongkok untuk betulkan kasut, nampak pula tali seluar dalam G-string. Alahai….


pasar payang 11


Sambil berfikir dan melihat keadaan sekeliling, aku teruskan berjalan dengan kamera di tangan. Akhirnya sampailah ke Pasar Payang. Ya Tuhan… ramainya orang!


Tapi banyak mana orang di situ, banyak lagi jumlah kain yang ada. Melampau-lampau kain yang di jual…. banyak betul!


pasar payang 12

Yang tak tahan tu bila penjual kain kat dalam Pasar Payang mula mengayat… dan menyapa kita dengan ayat Kuasa Putaran Alam Peringkat ke-8 Petala Langit Memecah Bumi yang mencairkan hati… haha. Ayu dan cantik-cantik belako… alahai. Ganda 23 bro…. haha


pasar payang 10

Tuh dia…! tershoot secara tidak sengaja.

Cantik si gadis melayu bersama si ibu. “Siapa bilang gadis Terengganu tak menawan… tak menarik hati… tiada memikat…”~~~~ lalalala

Bukan nak membodek tapi tak sampai 10 langkah, ada sahaja awek Terengganu yang… tak yah cakaplah… macam perempuan Arab daaa… original wanita asli Melayu kampung.

Molek bertudung, hidung mancung, wajah berseri… dan seumpamanya. Sampaikan Rahimi dan aku dah bertukar misi. Misi asal Rahimi hendak beli baju batik dan baju kelembak untuk kakak dia (orang Johor kata kelembak, negeri lain kata baju kelawang`kan?).


pasar payang 1

Misi aku pula lain. Aku cuma hendak shoot gambar kain yang colourful di sana. Tapi misi yang ada hampir bertukar ke misi shoot gambar wanita cantik. Tapi okay apa, itu pun kurniaan Tuhan jugakan… ececece :)

Pernah sekali Rahimi dan aku selamba nak shoot gambar sorang awek ni. Tak jauh, depan mata jer. Kemudian kantul… nasib baik aku buat muka “Aisyah 50 posen”. Dalam hati aku, “ni semua Rahimi punya pasal…

Petangnya, Rahimi pun dapat apa yang diinginkannya. Baju batik yang dibeli pun cantik… begitu juga dengan baju kelembak untuk kakaknya. Tapi punyalah lama memilih, sampai tuan punya kedai makcik tu dan anaknya pun naik tension…. masak… masak.

pasar payang 2

Rahimi: Makcik, baju ini cantik… yang ini pun cantik….

Makcik: Yelah tu nak, pilihlah cepat…. makcik dah penat ni haa….

pasar payang 3

Anak Makcik: Astaghfirullah…. bilalah mamat ini nak habis pilih baju… dah berjam-jam lamanya…

pasar payang 4

Rahimi: Haaaa….. warna oren ni pun kakak saya suka Makcik. Dia suka baju kelembak yang terang-terang kalernya…



pasar payang 5

Makcik: Ya Allah… dari tadi melayan budak sekor nih, beli tidak juga… naik pening dah kepala mak ni haa….

Anak: Entahlah mak… saya pun dah naik demam ni. Siti Nurhaliza pun takde cerewet macam nih…

http://www.facebook.com/album.php?aid=24180&id=1834527586#!/profile.php?id=1834527586&v=wall

http://www.rohaizad.com/2010/06/19/pasar-payang-masjid-kristal-rhu-10/